Bertemankan hujan yang kadang kala renyai dan kadang kala lebat saya tempuhi juga kerana tidak mahu mematahkan harapan pasangan bakal pengantin baru yang akan berlangsung pada malam ini. Bertempat di Indra Mahkota 2 Kuantan, dengan hanya mengambil masa dalam 15 minit untuk tiba ke lokasi rumah pengantin perempuan walaupun pada hari ini kebanyakan jalan di bandar Kuantan sesak. Alhamdulillah, saya sampai juga di rumah pengantin pada masa yang telah dijanjikan. Akhirnya, dapat juga saya sempurnakan pengantin perempuan dengan makeup ala Arabian seperti apa yang diingini beliau.
Sebelum
Selepas
Foto1
Foto 2
Majlis akad nikah diserikan dengan baju kurung moden yang bertemakan warna putih dan warna merah jambu pada tudungnya serta diserlahkan lagi dengan kilauan hiasaan yang cukup sesuai dengan tema Arabian pada malam ini.
Foto 3
Foto 4
Foto 5
Foto 6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan